Wednesday, February 16, 2011

A Wedding Cake with Love...

A wedding cake with love - itulah nama yang saya berikan kepada the 3-tier fruitcake fondant with sugarpaste yang saya buat bersempena Majlis Raja Sehari adik lelaki saya pada 12 Disember 2010 yang lalu.  Kek yang berukuran 18 inch lebar dan 16 inci tinggi itu merupakan hadiah surprise kepada pasangan pengantin dengan bunga hiasan yang di buat sendiri oleh saya.

Walaupun pada dasarnya, kek tersebut tidaklah setanding kek chef-chef yang handal-handal, namun saya masih mampu tersenyum kerana dalam sibuk-sibuk membuat persiapan dan mengacarakan Majlis Raja Sehari adik saya itu, ditambah dengan menyiapkan tempahan lain, saya dapat melaksanakan kesemua tugas dengan sebaiknya.

Apa yang menggembirakan saya lagi, pada majlis tersebut, kek itu telah mencuri perhatian anak-anak kecil. Mungkin disebabkan 2 ekor patung pengantin beruang (soft toy yang siap berpakaian baju pengantin) yang menjadi hiasan atas kek. Saya juga diberitahu bahawa fruitcake tersebut telah habis dimakan sebaik selesai acara memotong kek... alhamdulillah syukur...


Sekiranya, anda berhajat untuk membuat tempahan mengikut tema pilihan anda, bolehlah berhubung dengan saya di preciousdelight915@gmail.com / huda.alqudree@gmail.com / huda_alqudree@yahoo.com.

Kepada adik-adik saya - Syed Masshor & Noorazlina dan Syed Ishak & Rafidah, Selamat Pengantin Baru.
Semoga  kalian sentiasa berada dalam keredhaan-Nya dan Selamat menempuh gerbang perkahwinan...

Cupcake Hantaran Penuh Beradat...

Salam Semua.. Bertemu lagi kita di arena blog ini.... Lama juga saya tidak membuat entry baru ya. Sebenarnya, selepas habis sahaja bulan Ramadhan tahun lalu, saya agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja yang berkaitan Event Management berselang-seli dengan beberapa tempahan (repeat order) semasa Aidiladha dan beberapa tempahan cupcakes selain sibuk membuat persiapan persandingan adik saya... Hmm, kadang tu terasa macam 'superwoman' pun ada... hehehe... tapi alhamdullillah, semuanya berjalan lancar.

Apa yang nak saya kongsikan bersama di sini ialah Fondant cupcakes yang di tempah oleh Suhida dari Kuala Lumpur pada bulan Disember yang lalu..  Tempahan ini di buat untuk adik sepupu beliau yang melangsungkan perkahwinan pada 11 Disember 2010 di utara Semenanjung Malaysia. Ia agak unik kerana tempahan berkonsepkan hantaran Melayu Tradisional.. Mula tu, saya fikir tak sempat memandangkan tarikh itu 'clash' dengan Majlis Raja Sehari adik saya... Namun, saya terima juga kerana keunikkan tema beliau walaupun agak rumit sedikit dan ia telah di rekomen oleh sifu a.k.a. teman saya, Lia..







Pelbagai jenis barang hantaran di ketengahkan bagi tempahan kali ini, antaranya sirih junjung, tepak sirih, barang sepersalinan lelaki, bunga rampai dan macam-mcam lagi...

Terima kasih Suhida atas kepercayaan anda.  Harap sepupu anda (pengantin) dan anda berpuas hati... 

Kepada Lia, thanks for your confidence and moral support.... "babe, ok tak?"

p.s. Jika Suhida membaca blog saya ini, diharap sudilah anda poskan ke e-mail saya gambar cupcakes selepas diletakkan ke dalam 'congkak' ye.. hehehe

Terima Kasih Daun Keladi....

Hi semua.  Bertemu lagi kita di area blog ini. Wah agak lama juga saya tidak menulis di laman blog saya ini ya... Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada blogger-blogger yang sudi singgah ke laman blog saya ini..  Terima kasih kerana sudi menulis di chat box saya...

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan Al-Qudree's Precious Delight atas tempahan biskut-biskut APD's Pineapple Tart, APD's 'Makmur' Cookies, APD's Mix Nuts Chocolate Chip Cookies, APD's Sughee Cookies dan APD's Fruitcake Supernova...  sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Terima kasih diucapkan kepada Haizah dari Singapura, Azlina dari Hulu Langat dan Aishah dari Shah Alam kerana membuat repeat order semasa Hari Raya Aidil Adha.

... Dan tidak lupa juga kepada mereka yang menempah cupcakes buttercream, cupcakes fondant, cupcakes royal icing dan juga wedding cakes... jutaan terima kasih diucapkan.. - Mahizan, Yana, Zie dan Fieda, terima kasih atas sokongan anda.. 
p.s. ramai yang memilih merah jambu dan purple sebagai warna tema...

16pcs Vanila Butter cupcakes with Royal Icing frosting

Chocolate Moist cupcakes with buttercream frosting

Chocolate Moist cupcakes with buttercream frosting

Strawberry filling cupcakes with buttercream frosting

Vanila Butter cupcake with buttercream frosting

APD's Fruitcake Supernova


Kepada sesiapa yang pernah cuba berhubung dengan saya sebelum ini, atau  pernah menulis di chat box blog saya tetapi tidak mendapat reply dari saya, saya memohon maaf kerana tidak sempat membalas pertanyaan anda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan .  Saya berharap perkara ini tidak berulang lagi di masa akan datang.  Anda boleh berhubung dengan saya dengan menghantar e-mel  ke : preciousdelight915@gmail.com / huda.alqudree@gmail.com / huda_alqudree@yahoo.com.

Hingga bertemu lagi dan nantikan entry terbaru dari saya...
Related Posts with Thumbnails