Salam Semua.. Bertemu lagi kita di arena blog ini.... Lama juga saya tidak membuat entry baru ya. Sebenarnya, selepas habis sahaja bulan Ramadhan tahun lalu, saya agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja yang berkaitan Event Management berselang-seli dengan beberapa tempahan (repeat order) semasa Aidiladha dan beberapa tempahan cupcakes selain sibuk membuat persiapan persandingan adik saya... Hmm, kadang tu terasa macam 'superwoman' pun ada... hehehe... tapi alhamdullillah, semuanya berjalan lancar.
Apa yang nak saya kongsikan bersama di sini ialah Fondant cupcakes yang di tempah oleh Suhida dari Kuala Lumpur pada bulan Disember yang lalu.. Tempahan ini di buat untuk adik sepupu beliau yang melangsungkan perkahwinan pada 11 Disember 2010 di utara Semenanjung Malaysia. Ia agak unik kerana tempahan berkonsepkan hantaran Melayu Tradisional.. Mula tu, saya fikir tak sempat memandangkan tarikh itu 'clash' dengan Majlis Raja Sehari adik saya... Namun, saya terima juga kerana keunikkan tema beliau walaupun agak rumit sedikit dan ia telah di rekomen oleh sifu a.k.a. teman saya, Lia..
Pelbagai jenis barang hantaran di ketengahkan bagi tempahan kali ini, antaranya sirih junjung, tepak sirih, barang sepersalinan lelaki, bunga rampai dan macam-mcam lagi...
Terima kasih Suhida atas kepercayaan anda. Harap sepupu anda (pengantin) dan anda berpuas hati...
Kepada Lia, thanks for your confidence and moral support.... "babe, ok tak?"
p.s. Jika Suhida membaca blog saya ini, diharap sudilah anda poskan ke e-mail saya gambar cupcakes selepas diletakkan ke dalam 'congkak' ye.. hehehe
Showing posts with label Fondant. Show all posts
Showing posts with label Fondant. Show all posts
Wednesday, February 16, 2011
Tuesday, August 17, 2010
Cupcake Fondant

Cupcake Fondant ini pula di tempah oleh adik saudara saya, Rafidah. Tempahan dibuat saing-saing tempahan Puan Wan dari Kota Kemuning. Pun 'Rose & Garden' juga temanya dan biru & pink pula menjadi pilihan beliau. Dalam kesuntukan masa yang di sebabkan oleh kepadatan jadual kerja di Syarikat Advertising and Event Management, reka hias ini sahaja yang termampu saya buat. Harap adik berpuashati dengan reka hias ini ya... Apa-apa pun saya ucapkan jutaan terima kasih pada Fidah atas 'recommendation' dan tempahan beliau... ;)
Wednesday, August 11, 2010
Fondant Cupcakes
I always admire the beauty of fondant cupcake decoration. The time, effort and creativity really challenge my patience... haha. But yet, these are the result.. Pretty cool huh for beginner... Thanks again to Lia for sharing. I like creative and fun things, therefore I enjoy doing fondant cuppies, it tested my ability and creativty.

As much as I want others to feel satisfy with the cuppies outlook, I have to make sure that I am happy with it first especially when it comes to taste and decoration..
This type of cuppies are suitable for 'aqiqah' gift, wedding 'hantaran', doorgifts etc.. it can blend nicely with your theme and concept. Your wish is our command...
Subscribe to:
Posts (Atom)



