Wednesday, August 18, 2010

Cupcakes for Aliyah Hanim..


Cupcakes ini ditempah oleh teman saya, Danti untuk anak bongsunya Aliyah Hanim atau panggilan manjanya, Nanim.. Kata Danti, anaknya itu sukakan jelly dan 'love', dan meminta saya menulis nama beliau dan anaknya di atas cupcakes tersebut.. temanya pula 'bebas'... maka inilah hasilnya...

Cupcakes ini di kongsi bersama dengan anak-anak beliau yang lain... tapi yang lucunya, semasa mengambil tempahan ini di rumah saya... anak-anak beliau dah tak sabar-sabar nak makan cupcakes tersebut, tak sempat sampai rumah pun, dalam kereta pun jadi... hahaha.. seronok tengokkan gelagat anak-anak teman saya ni... To Danti, thanks babe...

Tuesday, August 17, 2010

Cupcake Fondant


Cupcake Fondant ini pula di tempah oleh adik saudara saya, Rafidah. Tempahan dibuat saing-saing tempahan Puan Wan dari Kota Kemuning. Pun 'Rose & Garden' juga temanya dan biru & pink pula menjadi pilihan beliau. Dalam kesuntukan masa yang di sebabkan oleh kepadatan jadual kerja di Syarikat Advertising and Event Management, reka hias ini sahaja yang termampu saya buat. Harap adik berpuashati dengan reka hias ini ya... Apa-apa pun saya ucapkan jutaan terima kasih pada Fidah atas 'recommendation' dan tempahan beliau... ;)

Birthday Cupcakes






Ini adalah tempahan Birthday cupcakes yang dibuat oleh Puan Wan dari Bukit Kemuning, kawan kepada adik saudara saya. Beliau ingin membuat 'suprise' kepada anak perempuannya, Sofin dan ia disambut di kampung keluarga beliau di Melaka.








Tema yang dipilih 'Rose & Garden' dengan pilihan warna ungu dan merah jambu. Mula tu pening jugalah nak fikirkan reka hiasnya.. tapi alhamdullilah inilah hasilnya.


Memandangkan tempahan ini atas 'recommendation' dari adik saudara saya tu, risau jugalah saya dibuatnya. Manalah tahu mungkin ada yg terkurang atau terlebihkan. hehehe...




Tapi setelah di risik-risik, feedbacknya amat memberangsangkan... 'lazat dan tak cukup', kata adik saudara saya itu... Syukur Alhamdullillah.

Thank you Fidah dan kepada Puan Wan, janganlah serik untuk menempah lagi ok...

Pix : sorrylah ye, tak sempat nak ambil gambar sebelum packing...
Related Posts with Thumbnails