Wednesday, February 16, 2011

Cupcake Hantaran Penuh Beradat...

Salam Semua.. Bertemu lagi kita di arena blog ini.... Lama juga saya tidak membuat entry baru ya. Sebenarnya, selepas habis sahaja bulan Ramadhan tahun lalu, saya agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja yang berkaitan Event Management berselang-seli dengan beberapa tempahan (repeat order) semasa Aidiladha dan beberapa tempahan cupcakes selain sibuk membuat persiapan persandingan adik saya... Hmm, kadang tu terasa macam 'superwoman' pun ada... hehehe... tapi alhamdullillah, semuanya berjalan lancar.

Apa yang nak saya kongsikan bersama di sini ialah Fondant cupcakes yang di tempah oleh Suhida dari Kuala Lumpur pada bulan Disember yang lalu..  Tempahan ini di buat untuk adik sepupu beliau yang melangsungkan perkahwinan pada 11 Disember 2010 di utara Semenanjung Malaysia. Ia agak unik kerana tempahan berkonsepkan hantaran Melayu Tradisional.. Mula tu, saya fikir tak sempat memandangkan tarikh itu 'clash' dengan Majlis Raja Sehari adik saya... Namun, saya terima juga kerana keunikkan tema beliau walaupun agak rumit sedikit dan ia telah di rekomen oleh sifu a.k.a. teman saya, Lia..







Pelbagai jenis barang hantaran di ketengahkan bagi tempahan kali ini, antaranya sirih junjung, tepak sirih, barang sepersalinan lelaki, bunga rampai dan macam-mcam lagi...

Terima kasih Suhida atas kepercayaan anda.  Harap sepupu anda (pengantin) dan anda berpuas hati... 

Kepada Lia, thanks for your confidence and moral support.... "babe, ok tak?"

p.s. Jika Suhida membaca blog saya ini, diharap sudilah anda poskan ke e-mail saya gambar cupcakes selepas diletakkan ke dalam 'congkak' ye.. hehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails