A wedding cake with love - itulah nama yang saya berikan kepada the 3-tier fruitcake fondant with sugarpaste yang saya buat bersempena Majlis Raja Sehari adik lelaki saya pada 12 Disember 2010 yang lalu. Kek yang berukuran 18 inch lebar dan 16 inci tinggi itu merupakan hadiah surprise kepada pasangan pengantin dengan bunga hiasan yang di buat sendiri oleh saya.
Walaupun pada dasarnya, kek tersebut tidaklah setanding kek chef-chef yang handal-handal, namun saya masih mampu tersenyum kerana dalam sibuk-sibuk membuat persiapan dan mengacarakan Majlis Raja Sehari adik saya itu, ditambah dengan menyiapkan tempahan lain, saya dapat melaksanakan kesemua tugas dengan sebaiknya.
Apa yang menggembirakan saya lagi, pada majlis tersebut, kek itu telah mencuri perhatian anak-anak kecil. Mungkin disebabkan 2 ekor patung pengantin beruang (soft toy yang siap berpakaian baju pengantin) yang menjadi hiasan atas kek. Saya juga diberitahu bahawa fruitcake tersebut telah habis dimakan sebaik selesai acara memotong kek... alhamdulillah syukur...
Sekiranya, anda berhajat untuk membuat tempahan mengikut tema pilihan anda, bolehlah berhubung dengan saya di preciousdelight915@gmail.com / huda.alqudree@gmail.com / huda_alqudree@yahoo.com.
Kepada adik-adik saya - Syed Masshor & Noorazlina dan Syed Ishak & Rafidah, Selamat Pengantin Baru.
Semoga kalian sentiasa berada dalam keredhaan-Nya dan Selamat menempuh gerbang perkahwinan...
wahh...cantikla kek, i like!!
ReplyDeleteThanks Lia.. tgkla sape cikgunye.. hehehe
ReplyDelete